Friday, September 4, 2009

Kayu Kokka? Khasiat dan Unsur Syirik...

Pelajar Malaysia di Mesir pada kebiasaannya akan ke Husien (somewhere in kaherah) membeli barang-barang untuk di bawa pulang ke Malaysia. Antara barang yang di cari ialah kayu kokka. Tidak kira dalam apa jua bentuk. Cincin, tasbih, gelang, tongkat dan sebagainya.

Lelaki atau perempuan sama sahaja. Semuanya ghairah membeli kokka. Pernah saya memprovokasikan 1 soalan kepada kawan saya yang bernama Ishaq.

Saya:Mu cayo ko ni kayu kokka hok sungguh? (sambil memegang dan menunjukkan tasbih kokka yang di belinya)

Ishaq:hehe…insya’Allah (Senyum dan mengangguk kepalanya)

Ishaq nampak yakin sekali. Tambahan pula tasbih tersebut telah di beli oleh seorang ustaz yang berpengalaman di Mesir.

Pada hari yang lain, saya, Amin dan Abduh di takdirkan untuk menemani 5 orang akhawat yang ingin membeli-belah di Husein. Kali ini, saya pula yang di ajukan soalan.

Kayu kokka ni apa khasiatnya yek?

Saya menjawab: erm…ana tak tahu tapi ORANG CAKAP kayu ni adalah kayu yang di gunakan untuk membuat bahtera nabi Nuh dan Tongkat nabi Musa. Ia juga di percayai dapat menjadi pelindung daripada jin dan syaitan. Ada juga ORANG CAKAP dapat memurahkan rezeki pemiliknya. WAllahua’lam. Ana tak pasti sejauh mana kebenarannya. Ni yang ana cakap ni apa yang orang cakap. Dan bukannya berdasarkan ilmu dan kajian ilmiah yang dibuat.

Saya hanya memberikan jawapan “orang cakap” dan tidak pasti seperti ini kerana saya tidak mahu bertanggungjawab di akhirat kelak.

Namun ketika melihat beberapa orang akhawat yang ghairah membeli cincin kokka. Saya yang kurang percaya ni pulak jadi bersemangat sama. Harganya 2 junaih (2 egyption pound) satu. Saya beli 3 dan tawar-tawar dapat 5 junaih 3 cincin.

Sampai di rumah saya tunjukkan cincin yang saya beli tu kepada abang dan adik-adik. Abang saya tengok cincin tu dan dia tanya 1 soalan cepu mas yang pernah saya tanya kepada Ishaq dulu.

Mu cayo ko ni kayu kokka, supo manic jah aku tengok.

Saya menjawab: Aku pun benanya x cayo jugok tapi gak aku tengok orang lain ramai beli dan pakat cayo belaka. Pah ko aku jadi cayo pulak. Hahaha

Tiba-tiba adik saya datang sambil mengepit 1 cincin kokka yang saya beli di antara dua jarinya.

Kalu aku royak ko mu, mu jange maroh deh?

Saya jawab: ho…godio?

Dia pun melepaskan kepitan jarinya pada cincin kokka tersebut dan….

ting….cincin kokka tadi terbelah dua. Dah patah…

Bila saya tengok di bahagian cincin yang patah tu. Baru saya nampak bahawa memang cincin tu bukan di perbuat daripada kayu kokka tetapi sekadar manik biasa.

Aduhai…KENA TIPU..

Berbalik kepada persoalan pokok..iaitu khasiat kayu kokka dan kedudukannya di sisi syarak. Saya temui jawapan yang lebih jelas dan tepat dari sumber-sumber yang boleh di percayai seperti laman web rasmi Ustaz Zaharudin (Pensyarah UIAM), kenyataan Dr Asri Zainul Abidin (Bekas Mufti Perlis) di akhbar Berita Harian, dan penjelasan Dato’ Dr harun Din (seorang ulama’ dan pengamal perubatan Islam yang terkenal).

Sila klik d link di bawah bagi yang ingin mendapat penjelasan terhadap kayu kokka dan perkaitannya dengan unsur syirik. Moga bermanfaat!


http://www.zaharuddin.net/content/view/514/91/

http://drmaza.com/himpunan_fatwa/?p=22

http://www.darussyifa.org/modules.php?name=News&file=article&sid=23

1 comment:

  1. seriously this is my first time I ever heard about kayu kokka..
    kalo org nk tipu sy pun mmg mudah sgt la kn..
    tp ble org ckp kayu tu leh bwk keajaiban..berdsrkn logik akal sy, sy pon x akan percaya

    wallahualam...(kena byk bce lg nih)

    ReplyDelete