Monday, February 8, 2010

Cita-Cita

Gambar Sekadar Hiasan


As I felt unhealthy today, so I decided not to attend the lecture.

In order to release my boredom, I got an idea to post something in my blog which has been left un-updated for so long.

Lama tak menulis dalam bahasa ingeris weh. Terasa kekkok pulak. hehe

Jadi kali ini aku nak menyenaraikan beberapa cita2 yang aku impikan selain menjadi seorang Doktor Perubatan.


(1)Penternak Ikan Keli Dan Penjual Goreng Pisang.

Saya bercita-cita untuk menjadi penternak ikan keli yang Berjaya.

Saya akan beli tanah di kawasan kampung (mungkin di Gong Badok) seluas 2 ekar untuk di buat kebun pisang dan kolam ikan yang pelbagai spesis terutamanya spesis keli.

Saya akan membina sebuah rumah untuk tempat menyimpan barang2 dan juga sebagai tempat penginapan ditengah2 kebun tersebut.

Saya juga akan memiliki sebuah lori kecil yang di gunakan untuk memunggah pisang2 yang telah masak dan ikan-ikan keli yang sudah cukup besar untuk di jual di pasar tani setiap minggu.

Saya tidak berhasrat untuk mempunyai tenaga kerja yang ramai sebab payah nak jaga. Lagi ramai orang lagi banyak perangai dan kerenah ada.

Saya akan ambil 1 atau 2 orang pekerja sahaja. Pekerja yang saya akan ambil ialah budak-budak miskin tetapi juruh (berakhlak mulia) dari selatan Thailand.


(2)Penjual Nasi Berlauk

Saya tidak bermaksud untuk membuka sebuah kedai makan dan menguruskannya sepenuh masa.

Tetapi saya mempunyai perancangan untuk membekalkan sekurang2nya 500 bungkus nasi yang pelbagai jenis lauk setiap pagi.

Nasi-nasi yang sudah siap di bungkus ini akan saya edarkan ke tempat2 strategik seperti pejabat2 kerajaan, sekolah2, institut2 pendidikan dan hospital2.

Saya mungkin akan bekalkan nasi2 tadi ke kantin2 dan pemilik kantin tersebut hanya akan mengambil “untung atas angin” dengan hasil penjualan nasi2 saya tadi.

Pekerja2 saya untuk projek ini ialah 2 orang budak Thailand yang menguruskan kebun pisang dan kolam ikan saya tadi.


(3)Pendakwah Bebas

Firman Allah SWT dalam surah al-fusilat

Dan Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada mereka yang menyeru kepada Allah.

Dan mereka pula beramal soleh

Kemudian mereka berkata sesungguhnya kami termasuk di dalam golaongan mereka yang menyerah diri”

Saya bercita2 untuk memiliki 2 ijazah dalam 2 bidang yang berlainan iaitu bidang perubatan (MBBS) dan usuluddin atau pengajian islam.

Saya sekarang berada di tahun 2 perubatan dan masih berbaki lebih kurang 5 tahun untuk mendapat ijazah perubatan saya. Kemudian saya di wajibkan untuk menjalani program housemanship selama 2 tahun sebelum di iktiraf sebagai pegawai perubatan.

Apakah saya akan menyambung Master dalam bidang perubatan?

Oh tidak. Tok se dah. Letih ngaji goni wei.

Saya bercadang untuk mengambil STAM (Sijil Tinggi Agama Malaysia) secara persendirian dan melanjutkan pelajaran dalam bidang usluddin secara “part time” di university tempatan.

Setelah Berjaya memperoleh ijazah kedua (Usuluddin) saya, saya akan terus mula berkhidmat dan berbakti kepada masyarakat di serata tempat bermula dengan mengajar ilmu agama kepada orang2 tua di kedai Peringat pada stiap hujung minggu.

Saya juga ingin menghidupkan semula balassoh (bukan belasah) iaitu surau tinggalan arwah moyang saya yang merupakan seorang guru quran yang tersohor suatu ketika dulu.

Sabda Rasulullah SAW:-

“Yang Terbaik dikalangan kamu adalah mereka yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya”

Oh ya sebelum terlupa, saya juga merancang untuk bertalaqqi dan mendapat ijazah quran bersanad daripada mana2 syeikh di Mesir terutamanya Syeikh Nabil sebelum pulang ke tanah air.

Tempohnya pengajian/talaqqinya selama 2hingga 3 bulan.

Moga Allah SWT permudahkan.

(4) Doktor Perubatan

Sesungguhnya ketiga cita-cita saya di atas tidak dapat saya laksanakan sebelum saya menghabiskan pengajian saya dalam bidang perubatan.

Inilah perjuangan dan benda yang paling utama yang wajib saya laksanakan terlebih dahulu melebihi perkara2 yang lain.

Oleh kerana saya mendapat pinjaman pelajaran JPA, maka saya di beri pilihan samada untuk berkhidmat dengan kerajaan selama 10 tahun setelah tamat pengajian ATAU membayar semula kesemua jumlah pinjaman yang telah saya buat.

Setelah berkhidmat selama 10 tahun dengan kerajaan, dengan pengalaman dan pengetahuan yang sudah cukup mantap insya’Allah saya akan buka klinik sendiri atau bekerja secara “parttime” di klinik swasta sebagai sumber pendapatn utama saya.

WAllahua’lam..

Tuesday, December 8, 2009

Ada Kerang Di Sebalik Pasir


Obor-obor yang tersesat.


Ustaz karimullah (Master Usul Fiq Al-Azhar) sedang mengajar cara-cara untuk mengecam lubuk kerang.


Mula memburu kerang. Kerang yang berada disebalik pasir.


Inilah gayanya...hahaha...


Ust Ismail sedang meng"gagar"...


Kerang yang besar-besar kami dapat. Alhamdulillah puas hati.


Seronok dan girang


Sengeh sampai nampak gusi…Seronok gila bak ang….


Ustaz Jalal bersama kerang-kerang yang ditangkapnya.



Tak sia-sia Kidin datang dari jauh (Aswan), banyak kerang yang dia dapat kutip.


Atif yang sudah capek dan mengajak kami pulang.


Mula naik ke atas..


Bergambar sikit…hehehe


Inilah hasilnya..2 guni besar dan penuh…Alhamdulillah rezk minAllah


Allah tambah lagi nikmat..dapat naik lori free plak…Tambah lagi satu pengalaman…



Ustaz Ali yang tersenyum puas..hehe


Kerang2 yang sihat wal-afiat


Kerang2 yang sudah siap di rebus..Sungguh enak di makan begitu saja..




Tapi lebih enak jika dicincah dengan kicap+bawang+cabai+limau nipis.



Isi kerang yang segar dan besar.



Boleh juga dibuat sambal dan makan dengan nasi lemak…. Pergh…sedapnya…………..

Hehehe…




Bandar Terancang Dumyat..Insya’Allah kami akan datang lagi "ba'da keda"..

Tuesday, October 6, 2009

Esok Aku Akan Pulang Ke Mesir

Gambar di Pantai Batu Hitam, Beserah, Pahang.


Masa 2 bulan setengah berlalu begitu pantas, aku seperti tidak "khabar" (loghat klate skit) bahawa aku sebenarnya esok akan fly ke Mesir untuk meneruskan perjuangan dalam menuntut ilmu di sana.

Banyak benda yang aku tak sempat laksanakan sepanjang cuti musim panas tahun ni. Kadang2 rasa terkilan pun ada. Apapun perasaan yang selayaknya timbul di hati aku sebagai seorang hamba Allah tidak lain dan tidak bukan melainkan rasa sabar (redha) dan syukur. Dua perasaan yang tidak seharusnya terpisah dalam jiwa seorang muslim.

Mudah-mudahan Allah permudahkan segala urusan aku.

Laksana doa moyangku yang telah uzur (yg kadang2 absent-minded) 3 hari lepas "Ya Allah ya Tuhan kami selamatkanlah anak cucu cicit kami"...

Amin ya Rabbal alamin...
=)

Thursday, October 1, 2009

Nate Kambing..Jantan Atau Betina?

Ada orang cakap kalau tanduk kambing tercongek ke atas, kambing tu kambing jantan.Betul ke?


Pada mulanya aku nak sembelih sendiri kambing ni, tapi mak aku tak bagi. Dia suruh aku belajar dulu dengan orang yang berpengalaman sebab kepercayaan orang tua2 kalau orang yang tak pandai semelih atau semelih tak kena cara , daging kambing jadi berbau.


Memotong "sesuatu" di bahagian bawah perut kambing


Inilah "sesuatu" nya. Bukan tanduk, tapi "susu" kambing. Ingatkan kambing ni jantan sebab ada tanduk, rupanya tak. Kalau namanya nate kambing ni jantan atau betina dua2 ada tanduk. jadi kalau nak cam kambing tu jantan atau betina kita kena tengok kat organ seks nya.




Picit dan bubuh dalam jag selagi boleh. Silap betul, sepatutnya kena picit dan ambil susunya sebelum semelih lagi, tapi sebab tak perasan kambing ni kambing betina. Ginilah jadinya...

Friday, September 4, 2009

Kayu Kokka? Khasiat dan Unsur Syirik...

Pelajar Malaysia di Mesir pada kebiasaannya akan ke Husien (somewhere in kaherah) membeli barang-barang untuk di bawa pulang ke Malaysia. Antara barang yang di cari ialah kayu kokka. Tidak kira dalam apa jua bentuk. Cincin, tasbih, gelang, tongkat dan sebagainya.

Lelaki atau perempuan sama sahaja. Semuanya ghairah membeli kokka. Pernah saya memprovokasikan 1 soalan kepada kawan saya yang bernama Ishaq.

Saya:Mu cayo ko ni kayu kokka hok sungguh? (sambil memegang dan menunjukkan tasbih kokka yang di belinya)

Ishaq:hehe…insya’Allah (Senyum dan mengangguk kepalanya)

Ishaq nampak yakin sekali. Tambahan pula tasbih tersebut telah di beli oleh seorang ustaz yang berpengalaman di Mesir.

Pada hari yang lain, saya, Amin dan Abduh di takdirkan untuk menemani 5 orang akhawat yang ingin membeli-belah di Husein. Kali ini, saya pula yang di ajukan soalan.

Kayu kokka ni apa khasiatnya yek?

Saya menjawab: erm…ana tak tahu tapi ORANG CAKAP kayu ni adalah kayu yang di gunakan untuk membuat bahtera nabi Nuh dan Tongkat nabi Musa. Ia juga di percayai dapat menjadi pelindung daripada jin dan syaitan. Ada juga ORANG CAKAP dapat memurahkan rezeki pemiliknya. WAllahua’lam. Ana tak pasti sejauh mana kebenarannya. Ni yang ana cakap ni apa yang orang cakap. Dan bukannya berdasarkan ilmu dan kajian ilmiah yang dibuat.

Saya hanya memberikan jawapan “orang cakap” dan tidak pasti seperti ini kerana saya tidak mahu bertanggungjawab di akhirat kelak.

Namun ketika melihat beberapa orang akhawat yang ghairah membeli cincin kokka. Saya yang kurang percaya ni pulak jadi bersemangat sama. Harganya 2 junaih (2 egyption pound) satu. Saya beli 3 dan tawar-tawar dapat 5 junaih 3 cincin.

Sampai di rumah saya tunjukkan cincin yang saya beli tu kepada abang dan adik-adik. Abang saya tengok cincin tu dan dia tanya 1 soalan cepu mas yang pernah saya tanya kepada Ishaq dulu.

Mu cayo ko ni kayu kokka, supo manic jah aku tengok.

Saya menjawab: Aku pun benanya x cayo jugok tapi gak aku tengok orang lain ramai beli dan pakat cayo belaka. Pah ko aku jadi cayo pulak. Hahaha

Tiba-tiba adik saya datang sambil mengepit 1 cincin kokka yang saya beli di antara dua jarinya.

Kalu aku royak ko mu, mu jange maroh deh?

Saya jawab: ho…godio?

Dia pun melepaskan kepitan jarinya pada cincin kokka tersebut dan….

ting….cincin kokka tadi terbelah dua. Dah patah…

Bila saya tengok di bahagian cincin yang patah tu. Baru saya nampak bahawa memang cincin tu bukan di perbuat daripada kayu kokka tetapi sekadar manik biasa.

Aduhai…KENA TIPU..

Berbalik kepada persoalan pokok..iaitu khasiat kayu kokka dan kedudukannya di sisi syarak. Saya temui jawapan yang lebih jelas dan tepat dari sumber-sumber yang boleh di percayai seperti laman web rasmi Ustaz Zaharudin (Pensyarah UIAM), kenyataan Dr Asri Zainul Abidin (Bekas Mufti Perlis) di akhbar Berita Harian, dan penjelasan Dato’ Dr harun Din (seorang ulama’ dan pengamal perubatan Islam yang terkenal).

Sila klik d link di bawah bagi yang ingin mendapat penjelasan terhadap kayu kokka dan perkaitannya dengan unsur syirik. Moga bermanfaat!


http://www.zaharuddin.net/content/view/514/91/

http://drmaza.com/himpunan_fatwa/?p=22

http://www.darussyifa.org/modules.php?name=News&file=article&sid=23

Thursday, September 3, 2009

Manusia Antara Memilih Dan Terpilih