Monday, June 29, 2009

Kelapangan Yang merugikan


Sebelum ini, sewaktu saya sibuk dengan final exam saya selalu terbayangkan alangkah beruntungnya mereka yang tidak sibuk dan mempunyai kelapangan masa yang banyak

Pelbagai perkara yang boleh di buat untuk mengisi masa yang kosong itu.

Membaca buku2 ilmiah, menghadiri kelas2 atau majlis2 ilmu, membaca dan mengulang quran, melayari internet untuk menambah ilmu dan maklumat, terlibat dengan program2 yg bermanfaat, berjalan-jalan menambah pengalaman dan banyak lagi.

Namun sebaik sahaja tiba masa lapang yang di tunggu-tunggu. Saya seperti “tak tahu nak buat apa”.

Malah banyak pula amalan harian saya yang terabai. Quran entah kemana. Solah fardhu sudah tidak berjemaah di masjid dan tidak di awal saf atau waktu, semangat untuk pergi menuntut dan menambah ilmu agama sudah lenyap serta merta, sunat2 rawatib sudah tidak konsisten lagi, amalan sunat sudah semakin berkurangan dan banyak lagi.

Cuti ini seperti diisi dengan tidur sahaja....


Kenapa? Dimana silapnya?

Di sini saya menyedari bahawa masa yang lapang dan keadaan yang selesa itulah sebenarnya membuatkan kita semakin lalai dan leka daripada Allah SWT. Manakala masa yang sibuk dan keadaan yang tertekan pula membuatkan hubungan dan pergantungan kita kepada Allah SWT semakin dekat.

Memang tidak dinafikan ada orang yang sibuk semakin jauh daripada Allah SWT dan ada orang yang berjaya mengisi masa lapangnya sebaik mungkin dengan perkara2 yang bermanfaat. Namun nisbahnya lebih kecil berbanding dengan golongan yang pertama tadi.

Bermula hari ini secara peribadi, saya lebih suka menyibukkan diri saya dengan sesuatu daripada duduk saja dan bermalas-malasan tanpa melakukan apa-apa.

Kata guruku (Hazufri Harun):

Life makes us busier...

Busier makes us better..

Ya, saya setuju 100%

5 comments:

  1. ana setuju..
    Bila sibuk baru kita nak appreciate masa.Rasa mcm x cukup je 24jam.
    Tapi bila Allah bg kelapangan skit..mulalah nak brmalas-malasan.ana pun begitu.
    Jom sama2 kita ubah.

    ReplyDelete
  2. Insya'Allah....
    Klau berada d Mesir lg la,
    nikmat tidur kt cni masya'Allah....
    Hanya Allah n manusia kt cni jer tahu...

    Klau anta nk rasa, mai la mesir...
    hehehe =)

    I am looking forward to seeing u =D

    ReplyDelete
  3. insya Allah kalau ada rezeki mmmg hajat nak ke Mesir walau hanya untuk ziarah.

    Doakan ana dpt smbung master di univ. oversea.

    ReplyDelete
  4. Insya'Allah...
    Mudah-mudahan Allah kabulkan hajat anta utk sambung Master d oversea tu...

    Ana nk sambung Master d Malaysia jer..
    UM atau UKM...
    Doakan ana dpt jd "surgeon" atau "Medical Specialist" sblm umur 37 thn yer..(mcm dah bajet)

    Ana pun sbnrny sgt teringin n berhajat utk sambung bljr d belah2 Eropah...
    Negara2 belah2 tu cantik n bleh timba byk pgalaman...
    B.I pun bleh improve...

    Klau nk tgk gambar d oversea anta click kt link blog kak Siti Suriana...(bwh Sahabat PBTJKB n ZU)

    Tp bila fikir2kan tanggungjawab yg lain...
    Sbg cth Tanggungjawab sbg seorg anak trhadap kedua ibubapa yg semakin berumur...
    Ana tolak tepi saja keinginan tu...

    Sambung Master kt malaysia pun bleh...
    Ni bg ana la...

    Ana x brniat/brmaksud langsung utk discourage anta..
    Nta mungkikn ada alasan n rasional nta sendiri utk sambung bljr oversea...

    Moga Allah berikan yg terbaik kpd kita..

    ReplyDelete
  5. Insya Allah ing.Eh 37 thn?knapa?nak walimah dah ek? =)

    Tu la kdg2 mmg tu yg jd sedikit pnghalang utk ana further study jauh2.

    Wallahu'alam.

    ReplyDelete