Masa 2 bulan setengah berlalu begitu pantas, aku seperti tidak "khabar" (loghat klate skit) bahawa aku sebenarnya esok akan fly ke Mesir untuk meneruskan perjuangan dalam menuntut ilmu di sana.
Banyak benda yang aku tak sempat laksanakan sepanjang cuti musim panas tahun ni. Kadang2 rasa terkilan pun ada. Apapun perasaan yang selayaknya timbul di hati aku sebagai seorang hamba Allah tidak lain dan tidak bukan melainkan rasa sabar (redha) dan syukur. Dua perasaan yang tidak seharusnya terpisah dalam jiwa seorang muslim.
Mudah-mudahan Allah permudahkan segala urusan aku.
Laksana doa moyangku yang telah uzur (yg kadang2 absent-minded) 3 hari lepas "Ya Allah ya Tuhan kami selamatkanlah anak cucu cicit kami"...
Ada orang cakap kalau tanduk kambing tercongek ke atas, kambing tu kambing jantan.Betul ke?
Pada mulanya aku nak sembelih sendiri kambing ni, tapi mak aku tak bagi. Dia suruh aku belajar dulu dengan orang yang berpengalaman sebab kepercayaan orang tua2 kalau orang yang tak pandai semelih atau semelih tak kena cara , daging kambing jadi berbau.
Memotong "sesuatu" di bahagian bawah perut kambing
Inilah "sesuatu" nya. Bukan tanduk, tapi "susu" kambing. Ingatkan kambing ni jantan sebab ada tanduk, rupanya tak. Kalau namanya nate kambing ni jantan atau betina dua2 ada tanduk. jadi kalau nak cam kambing tu jantan atau betina kita kena tengok kat organ seks nya.
Picit dan bubuh dalam jag selagi boleh. Silap betul, sepatutnya kena picit dan ambil susunya sebelum semelih lagi, tapi sebab tak perasan kambing ni kambing betina. Ginilah jadinya...
Pelajar Malaysia di Mesir pada kebiasaannya akan ke Husien (somewhere in kaherah) membeli barang-barang untuk di bawa pulang ke Malaysia. Antara barang yang di cari ialah kayu kokka. Tidak kira dalam apa jua bentuk. Cincin, tasbih, gelang, tongkat dan sebagainya.
Lelaki atau perempuan sama sahaja. Semuanya ghairah membeli kokka. Pernah saya memprovokasikan 1 soalan kepada kawan saya yang bernama Ishaq.
Saya:Mu cayo ko ni kayu kokka hok sungguh? (sambil memegang dan menunjukkan tasbih kokka yang di belinya)
Ishaq:hehe…insya’Allah (Senyum dan mengangguk kepalanya)
Ishaq nampak yakin sekali. Tambahan pula tasbih tersebut telah di beli oleh seorang ustaz yang berpengalaman di Mesir.
Pada hari yang lain, saya, Amin dan Abduh di takdirkan untuk menemani5 orang akhawat yang ingin membeli-belah di Husein. Kali ini, saya pula yang di ajukan soalan.
Kayu kokka ni apa khasiatnya yek?
Saya menjawab: erm…ana tak tahu tapi ORANG CAKAP kayu ni adalah kayu yang di gunakan untuk membuat bahtera nabi Nuh dan Tongkat nabi Musa. Ia juga di percayai dapat menjadi pelindung daripada jin dan syaitan. Ada juga ORANG CAKAP dapat memurahkan rezeki pemiliknya. WAllahua’lam. Ana tak pasti sejauh mana kebenarannya. Ni yang ana cakap ni apa yang orang cakap. Dan bukannya berdasarkan ilmu dan kajian ilmiah yang dibuat.
Saya hanya memberikan jawapan “orang cakap” dan tidak pasti seperti ini kerana saya tidak mahu bertanggungjawab di akhirat kelak.
Namun ketika melihat beberapa orang akhawat yang ghairah membeli cincin kokka. Saya yang kurang percaya ni pulak jadi bersemangat sama. Harganya 2 junaih (2 egyption pound) satu. Saya beli 3 dan tawar-tawar dapat 5 junaih 3 cincin.
Sampai di rumah saya tunjukkan cincin yang saya beli tu kepada abang dan adik-adik. Abang saya tengok cincin tu dan dia tanya 1 soalan cepu mas yang pernah saya tanya kepada Ishaq dulu.
Mu cayo ko ni kayu kokka, supo manic jah aku tengok.
Saya menjawab: Aku pun benanya x cayo jugok tapi gak aku tengok orang lain ramai beli dan pakat cayo belaka. Pah ko aku jadi cayo pulak. Hahaha
Tiba-tiba adik saya datang sambil mengepit 1 cincin kokka yang saya beli di antara dua jarinya.
Kalu aku royak ko mu, mu jange maroh deh?
Saya jawab: ho…godio?
Dia pun melepaskan kepitan jarinya pada cincin kokka tersebut dan….
ting….cincin kokka tadi terbelah dua. Dah patah…
Bila saya tengok di bahagian cincin yang patah tu. Baru saya nampak bahawa memang cincin tu bukan di perbuat daripada kayu kokka tetapi sekadar manik biasa.
Aduhai…KENA TIPU..
Berbalik kepada persoalan pokok..iaitu khasiat kayu kokka dan kedudukannya di sisi syarak. Saya temui jawapan yang lebih jelas dan tepat dari sumber-sumber yang boleh di percayai seperti laman web rasmi Ustaz Zaharudin (Pensyarah UIAM), kenyataan Dr Asri Zainul Abidin (Bekas Mufti Perlis) di akhbar Berita Harian, danpenjelasan Dato’ Dr harun Din (seorang ulama’ dan pengamal perubatan Islam yang terkenal).
Sila klik d link di bawah bagi yang ingin mendapat penjelasan terhadap kayu kokka dan perkaitannya dengan unsur syirik.Moga bermanfaat!