Wednesday, July 27, 2011

What are your THREE GREATEST STRENGTHS in life??


Is your confidence strong enough that you can answer this question without any hesitation?

Some people can.

Are they arrogant?

I would think some are, but I do know a few that can answer this question who are quite humble in nature.

I am not one of those people who can easily answer.

I know that I probably have some strengths in me but to list them is difficult for me.

I can always think of three other people who have the same strength and have it more developed,

more refined than I ever will.

So, Pakcik...what are your three greatest strengths??

  1. I have an open mind.I will try to accept almost anything as long as it is not hurting anyone. There are things I cannot accept for myself but if you want it, go for it. I will give you my moral support.
  2. I am empathetic of other people's situations.I find it relatively easy to put myself in someone else's shoes and understand why they have made the decisions that have conspired. This does not mean that I think the right thing has always been done but I understand how you might have come up with the solution or decision.
  3. I am willing to learn.This means learning almost anything that I have a change at succeeding at. I will not learn mountain climbing but it is only because I am fat..hahaha. I also not learn to be a brain surgeon because I am terrible at science. But give me something I have a chance at and I will try to learn as much as I possibly can.

: ))

I have to constantly work on those strengths just to keep them at a level that I like.

I would like these three to be even better.

I doubt that I will be able to raise the bar on them though.

A strength that I would love to cultivate is knowing what to say at just the right time.

As I am right now, I am often sticking my foot into my mouth.

This, of course, makes me want to go hide under a rock someplace.


****(by teac/pakcik Ayie, principal of CLC, KB branch)

Wednesday, March 2, 2011

Tidak Salah Utk Berkoya..

Tidak salah untuk bercita-cita tinggi, bahkan cita-cita itulah yang menghidupkan jiwa.

Tidak salah untuk memiliki impian yang menggunung kerana impian itu membangunkan harapan.

Hadapilah kehidupan ini dengan doa dan tawakal kerana kita sedang berdiri dibumi yang ada Pemiliknya.

Tuesday, December 21, 2010

Petua Murah Rezeki dan Panjang Umur


"Siapa yang ingin rezekinya dilapangkan Allah atau ingin usianya dipanjangkan,
maka hendaklah dia selalu menghubungkan silaturrahim".


(Sahih Muslim)

Sunday, December 19, 2010

semuanya baik belaka..di setiap keadaan..

Sungguh mnakjubkan urusan org mukmin..
stiap urusannya adalah baik belaka...
dan tidak ada yg sperti itu kcuali pada org mukmin..
bila dia di uji dgn nikmat/kesenangan, dia bersyukur...
maka itu adalah baik baginya...
dan apabila dia d uji dgn dgn ksusahan, dia bersabar..

maka itu adalah baik baginya...

-hadis sahih muslim

Lihatlah alam..

Piramid d Mesir..


Dia menciptakan tujuh langit yang berlapis-lapis.
Tak akan ditemui sedikit cacatpun dari ciptaanNya.
Perhatikan berkali-kali – apakah engkau melihat kekurangan padanya?
Lalu, perhatikanlah sekali lagi. Matamu akan silau dan lelah!
(Surat Al-Mulk: 3-4)

Orang yang RUGI..


"Sesungguhnya orang yang rugi itu adalah
orang yg merugikan dirinya dan ahli keluarganya di hari Qiamat.

Ketahuilah

bahawa itulah kerugian yang sebenar-benarnya"...

Temui fikrah islam sahih.


Rugilah mereka yg berada di Mesir,
tetapi tidak pernah bertemu dgn orang yg boleh mmberikan kefahaman islam yg sebenar/jelas kpd mereka..

iman




"Iman itu bukan sekadar bicara,
bukan juga sekadar cita-cita,
tetapi
iman itu adalah apa yang tersemat di dalam hati,
dan dibuktikan dengan amal."

-Kata seorang tabi'in

Seburuk-buruk makanan (hidangan)

lodeh buatan ahl baitku..(sekadar hiasan)

"Seburuk-buruk makanan (hidangan) ialah
hidangan walimah (kenduri) yang dijemput orang kaya sahaja,
sedangkan orang miskin tidak dijemput.
Dan sesiapa tidak memenuhi jemputan (undangan),
maka dia menderhakai Allah dan Rasul-Nya."

~Hadis Sahih Riwayat Muslim~

Tuesday, December 8, 2009

Gambar2 Kerang

Aktiviti bermula...


Obor-obor yang tersesat.



Ustaz karimullah (Master Usul Fiq Al-Azhar) sedang mengajar cara-cara untuk mengecam lubuk kerang.


Mula memburu kerang..


gaya yg betul..



ust ismail sedang meng"gagar"...


kerang2 besar...


Seronok sungguh..


wajah2 mereka..


Ustaz Jalal bersama kerang-kerangny..




Tak sia-sia Kidin datang dari jauh (Aswan), banyak habuan yg dia dpt..


jom balik..


Mula naik ke atas..



Bergambar sikit…


Inilah hasilnya..2 guni besar dan penuh…


balik naik lori free…



Ustaz Ali yang tersenyum puas..hehe


Kerang2 yang sihat wal-afiat



Kerang2 yang sudah siap di rebus..Sungguh enak di makan begitu saja..





Tapi lebih enak jika dicincah dengan kicap+bawang+cabai+limau nipis.




Isi kerang yang segar dan besar.




Boleh juga dibuat sambal dan makan dengan nasi lemak…. Pergh…sedapnya…………..

Hehehe…



Bandar Terancang Dumyat..Insya’Allah kami akan datang lagi "ba'da keda"..

Tuesday, October 6, 2009

Esok Aku Akan Pulang Ke Mesir

Gambar di Pantai Batu Hitam, Beserah, Pahang.


Masa 2 bulan setengah berlalu begitu pantas, aku seperti tidak "khabar" (loghat klate skit) bahawa aku sebenarnya esok akan fly ke Mesir untuk meneruskan perjuangan dalam menuntut ilmu di sana.

Banyak benda yang aku tak sempat laksanakan sepanjang cuti musim panas tahun ni. Kadang2 rasa terkilan pun ada. Apapun perasaan yang selayaknya timbul di hati aku sebagai seorang hamba Allah tidak lain dan tidak bukan melainkan rasa sabar (redha) dan syukur. Dua perasaan yang tidak seharusnya terpisah dalam jiwa seorang muslim.

Mudah-mudahan Allah permudahkan segala urusan aku.

Laksana doa moyangku yang telah uzur (yg kadang2 absent-minded) 3 hari lepas "Ya Allah ya Tuhan kami selamatkanlah anak cucu cicit kami"...

Amin ya Rabbal alamin...
=)

Thursday, October 1, 2009

Nate Kambing..Jantan Atau Betina?

Ada orang cakap kalau tanduk kambing tercongek ke atas, kambing tu kambing jantan.Betul ke?


Pada mulanya aku nak sembelih sendiri kambing ni, tapi mak aku tak bagi. Dia suruh aku belajar dulu dengan orang yang berpengalaman sebab kepercayaan orang tua2 kalau orang yang tak pandai semelih atau semelih tak kena cara , daging kambing jadi berbau.


Memotong "sesuatu" di bahagian bawah perut kambing


Inilah "sesuatu" nya. Bukan tanduk, tapi "susu" kambing. Ingatkan kambing ni jantan sebab ada tanduk, rupanya tak. Kalau namanya nate kambing ni jantan atau betina dua2 ada tanduk. jadi kalau nak cam kambing tu jantan atau betina kita kena tengok kat organ seks nya.




Picit dan bubuh dalam jag selagi boleh. Silap betul, sepatutnya kena picit dan ambil susunya sebelum semelih lagi, tapi sebab tak perasan kambing ni kambing betina. Ginilah jadinya...

Friday, September 4, 2009

Kayu Kokka? Khasiat dan Unsur Syirik...

Pelajar Malaysia di Mesir pada kebiasaannya akan ke Husien (somewhere in kaherah) membeli barang-barang untuk di bawa pulang ke Malaysia. Antara barang yang di cari ialah kayu kokka. Tidak kira dalam apa jua bentuk. Cincin, tasbih, gelang, tongkat dan sebagainya.

Lelaki atau perempuan sama sahaja. Semuanya ghairah membeli kokka. Pernah saya memprovokasikan 1 soalan kepada kawan saya yang bernama Ishaq.

Saya:Mu cayo ko ni kayu kokka hok sungguh? (sambil memegang dan menunjukkan tasbih kokka yang di belinya)

Ishaq:hehe…insya’Allah (Senyum dan mengangguk kepalanya)

Ishaq nampak yakin sekali. Tambahan pula tasbih tersebut telah di beli oleh seorang ustaz yang berpengalaman di Mesir.

Pada hari yang lain, saya, Amin dan Abduh di takdirkan untuk menemani 5 orang akhawat yang ingin membeli-belah di Husein. Kali ini, saya pula yang di ajukan soalan.

Kayu kokka ni apa khasiatnya yek?

Saya menjawab: erm…ana tak tahu tapi ORANG CAKAP kayu ni adalah kayu yang di gunakan untuk membuat bahtera nabi Nuh dan Tongkat nabi Musa. Ia juga di percayai dapat menjadi pelindung daripada jin dan syaitan. Ada juga ORANG CAKAP dapat memurahkan rezeki pemiliknya. WAllahua’lam. Ana tak pasti sejauh mana kebenarannya. Ni yang ana cakap ni apa yang orang cakap. Dan bukannya berdasarkan ilmu dan kajian ilmiah yang dibuat.

Saya hanya memberikan jawapan “orang cakap” dan tidak pasti seperti ini kerana saya tidak mahu bertanggungjawab di akhirat kelak.

Namun ketika melihat beberapa orang akhawat yang ghairah membeli cincin kokka. Saya yang kurang percaya ni pulak jadi bersemangat sama. Harganya 2 junaih (2 egyption pound) satu. Saya beli 3 dan tawar-tawar dapat 5 junaih 3 cincin.

Sampai di rumah saya tunjukkan cincin yang saya beli tu kepada abang dan adik-adik. Abang saya tengok cincin tu dan dia tanya 1 soalan cepu mas yang pernah saya tanya kepada Ishaq dulu.

Mu cayo ko ni kayu kokka, supo manic jah aku tengok.

Saya menjawab: Aku pun benanya x cayo jugok tapi gak aku tengok orang lain ramai beli dan pakat cayo belaka. Pah ko aku jadi cayo pulak. Hahaha

Tiba-tiba adik saya datang sambil mengepit 1 cincin kokka yang saya beli di antara dua jarinya.

Kalu aku royak ko mu, mu jange maroh deh?

Saya jawab: ho…godio?

Dia pun melepaskan kepitan jarinya pada cincin kokka tersebut dan….

ting….cincin kokka tadi terbelah dua. Dah patah…

Bila saya tengok di bahagian cincin yang patah tu. Baru saya nampak bahawa memang cincin tu bukan di perbuat daripada kayu kokka tetapi sekadar manik biasa.

Aduhai…KENA TIPU..

Berbalik kepada persoalan pokok..iaitu khasiat kayu kokka dan kedudukannya di sisi syarak. Saya temui jawapan yang lebih jelas dan tepat dari sumber-sumber yang boleh di percayai seperti laman web rasmi Ustaz Zaharudin (Pensyarah UIAM), kenyataan Dr Asri Zainul Abidin (Bekas Mufti Perlis) di akhbar Berita Harian, dan penjelasan Dato’ Dr harun Din (seorang ulama’ dan pengamal perubatan Islam yang terkenal).

Sila klik d link di bawah bagi yang ingin mendapat penjelasan terhadap kayu kokka dan perkaitannya dengan unsur syirik. Moga bermanfaat!


http://www.zaharuddin.net/content/view/514/91/

http://drmaza.com/himpunan_fatwa/?p=22

http://www.darussyifa.org/modules.php?name=News&file=article&sid=23