Wednesday, July 22, 2009

Redha Beserta Syukur...

Jayyid…

Alhamdulillah…

Itulah kalimah yang selayaknya saya ucapkan sebagai tanda syukur kepada Allah SWT di atas nikmat “tidak gagal” dalam final Exam yang saya tempuhi baru-baru ini. Sekalipun ia bukanlah satu pencapaian yang cemerlang dan boleh di banga-banggakan. Namun sebagai seorang hamba Allah SWT, saya wajib mensyukurinya. Selari dengan firman Allah yang bermaksud

“Bersyukurlah kepadaKu, nescaya akan Aku (yakni Allah) akan tambah nikmatKu keatas engkau dan jangan sesekali engkau kufur! Sesungguhnya azabKu amatlah pedih”

Satu konsep yang mudah

Syukur ~> Allah tambah nikmat

Kufur ~> Azab Allah amat pedih

Walaupun konsep ataupun janji Allah SWT ini nampak mudah dan simple. Tapi hanya beberapa kerat manusia sahaja di muka bumi Allah ni yang mampu bersyukur. Dalam ayat yang lain Allah SWT sebut “Qalilamma tashkurun “ (hanya sedikit sahaja daripada hamba-hambaKu yang bersyukur).

Kerana apa? Terdapat banyak sebab antaranya ialah kerana syaitan telah menghiasi nikmat-nikmat yang ada pada orang lain supaya kelihatan lebih sempurna dan lebih “mengancam” berbanding dengan nikmat yang ada pada diri kita. Saya ambil contoh diri saya sendiri. Realiti sebagai seorang pelajar yang baru mendapat result Exam. Tentunya saya akan melihat:

Oloh!! aku buleh jayyid jah, aku bajet bleh Jayyid Jiddan…kalu bleh jayyid jiddan nampak kemas sikit…

Eh nate tu, bukan studi pun..blogging dan main internet jah…Tengok2 buleh Jayyid Jiddan…

O0o..aah..yo tu 24 jam studi duk dalam bilik jah, studi x caro ko org lain buleh la jayyid jiddan..Kalu aku buat supo dia aku buleh bleh score jayyid jiddan.

Ataupun…bagi mereka yang sangkut dan kena ambil dur thani (Exam buat kali kedua dan terakhir) akan mengeluh:

“Aduh..kucing la..Aku bajet buleh lepas blako..tengok2 kena repeat pulok.”.

“Adula…kena baca semula Physiology dari awal..dah la tarikh tiket kena delay…Sedak sek-sek tu, duk Malaysia dah..

“Punahla syahadah natijah (sijil keputusan) aku..ada tulis dur thani…Kantoi la gini..

Inilah beberapa contoh keluhan yang biasa kita dengar. Atau kita sendiri yang mengeluh dengan kata-kata seumpama itu. Mungkin ayat dan perkataannya sahaja yang lain, tetapi mesej dan puncanya sama iaitu tidak mensyukuri ketetapan Allah SWT.

Konsep Sabar Dan Syukur.

Sepintas lalu kita nampak bahawa sabar dan syukur merupakan suatu yang berlawanan sifatnya. Biasanya kita faham:

Dapat nikmat ~> Syukur

Dapat musibah ~> Sabar

Sebenarnya tidak! Sabar dan syukur sebenarnya dua perkara yang tidak boleh dipisahkan.

Sabar perlu disertai dengan syukur dan syukur juga perlu disertai dengan sabar.

Situasi 1: Seorang yang mendapat Mumtaz (4.0) di dalam exam pastinya akan memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah. Dia tidak akan segan silu untuk menangis (kerana kegembiraan) dan melakukan sujud syukur sebagai tanda terima kasihnya kepada Allah SWT yang telah mengurniakan kejayaan kepadanya. Dia juga tidak akan jemu-jemu melafazkan kalimah syukur dan Alhamdulillah kepada rakan-rakan atau siapa saja yang di temuinya.

Namun, dia juga seharusnya menyedari dan menginsafi bahawa kejayaan yang Allah SWT berikan kepadanya itu mungkin sebagai satu ujian untuknya. Atau lebih teruk lagi, ia mungkin merupakan satu "istidraj" iaitu satu nikmat yang Allah kurniakan kepada seorang pelaku maksiat dengan bertujuan untuk menjauhkan dirinya daripada Allah SWT. Nauzubillahi min zalik…

Justeru, dia perlu bersabar untuk menghadapinya. Bersabar menempuh ujian yang berbentuk nikmat atau kesenangan daripada Allah SWT.

Situasi 2: Seorang yang hanya mendapat maqbul ataupun jayyid (macam saya) pula hanya mampu untuk redha bersabar. Bersabar melihat result orang lain yang lebih "macho" dan bergaya. Bersabar untuk menerima hakikat kemakbulan atau kejayyidan yang diperoleh. Bersabar untuk meredhai takdir yang sudah ditetapkan oleh Allah SWT selepas melaksanakan segala usaha untuk mendapat yang terbaik.

Dalam masa yang sama, saya seharusnya bersyukur kepada Allah SWT kerana masih lulus dan mempunyai potensi yang besar untuk mendapat pinjaman JPA. Bagaimana pula nasib mereka yang tidak lulus? Mereka mempunyai kemungkinan untuk tidak mendapat pinjaman JPA. Mereka juga harus mencari sumber-sumber kewangan yang lain bagi menampung yuran pengajian untuk tahun yang berikutnya. Mereka masih perlu untuk mengadap dan menghadam data-data saintifik di dalam buku-buku teks disaat rakan-rakan mereka yang lain atau kita sendiri sedang bersenang lenang bercuti dan bersama keluarga di Malaysia…

Secara peribadi, saya amat bersyukur kerana masih "lepas" subjek Physiology walaupun kondisi fikiran dan tumpuan saya agak terganggu disebabkan pemergian sahabat baik saya (arwah Ammar) 2 hari sebelum Exam Physiology berlansung. Alhamdulillah lulus jugak saya dalam "killer subject" tu. Terima kasih kepada mereka yang mendoakan kejayaan saya. Moga Allah mengurniakan kejayaan yang lebih bermakna buat kalian.


Situasi 3: Seorang yang gagal dalam Exam tentu sekali amat berat ujian yang menimpanya. Hanya mereka yang tabah dan berjiwa kental sahaja yang mampu bersabar dalam menghadapi situasi sebegini.

Saya tidak ingin bercakap berkenaan mereka yang tidak punya usaha untuk mendapat yang terbaik dalam Exam ataupun mereka yang telah menghabiskan masa-masa yang berharga yang dilalui setiap hari dengan perkara yang sia-sia dan tidak membawa untung pada akhirat mereka. Tetapi lebih ingin saya fokuskan adalah mereka yang telah melakukan yang terbaik dalam studi tetapi kejayaan masih belum berpihak kepada mereka.

Ketahuilah saudaraku bahawa sesungguhnya orang yang berputus asa dengan rahmat Allah hanyalah orang-orang yang kafir..”(Ayat Al-Quran).

Manusia seringkali lemah jiwa dan merasakan dirinya terlalu kerdil apabila berdepan dengan ujian. Seringkali kita merasakan kitalah orang yang paling malang dan orang lain tidak diuji sepertimana kita diuji. Perasaan begini menjadikan kita lemah dan lesu hingga punca penyelesaian masalah menjadi kabur. Inilah bisikan kelemahan yang akan menjadikan jiwa kita kerdil dan lesu tidak bermaya. Besarkanlah jiwa kita........sebenarnya semua orang sedang dan akan berdepan dengan berbagai macam ujian bahkan ujian inilah tanda-tanda bahawa masih berlangsungnya kehidupan.

Adakah apabila kita kecewa dan manangis, segala permasalahan itu akan selesai sendiri? Adakah dengan menyalahkan diri sendiri, semua masalah akan selesai? Tentunya tidak. Jadi yang perlu kita lakukan ialah mencari punca masalah dan cuba menyelesaikannya mengikut segala kemampuan yang kita ada.

Kata guruku, Teacher Ayie (Hazufri Harun):

we don't fail because we don't keep on trying. We fail when we stop trying at all.