Tuesday, June 30, 2009

Akan Berderak..


Hari ini merupakan hari terakhir saya dapat menggunakan internet di rumah.

Esok line internet akan di potong.

Esok juga merupakan paper terakhir final Exam (Computer)

Kemudian saya dan ahli bait akan berpindah ke rumah baru yang terletak di Qaumiyyah.

Sementara menunggu result keluar yang di jangka pada 15 Julai ini, saya bercadang untuk berjalan-jalan ke Kaherah, Alexandria, Tanta, Mansurah, Dumiyat, Shoubra dan lain-lain.

Moga perjalanan ini mendapat redha Allah SWT...

Monday, June 29, 2009

Ku Pohon KeampunanMu Ya Allah..


Ya Allah sesungguhnya Engkau adalah Tuhanku…

Tiadalah Tuhan selain Engkau…

Engkau telah menciptakan aku dan aku adalah hambaMu…

Aku berada dalam perjanjian denganMu dan ikrar padaMu semampuku…

Aku berlindung kepadaMu atas segala kejahatan yang telah aku lakukan…

Aku mengakui segala nikmat -nikmatMu ke atasku…

Dan aku juga mengakui atas segala dosa-dosa yang telah aku lakukan…

Maka ampunilah aku ya Allah…

Sesungguhnya tidak ada yang mengampuni dosa-dosa selain Engkau…

Kelapangan Yang merugikan


Sebelum ini, sewaktu saya sibuk dengan final exam saya selalu terbayangkan alangkah beruntungnya mereka yang tidak sibuk dan mempunyai kelapangan masa yang banyak

Pelbagai perkara yang boleh di buat untuk mengisi masa yang kosong itu.

Membaca buku2 ilmiah, menghadiri kelas2 atau majlis2 ilmu, membaca dan mengulang quran, melayari internet untuk menambah ilmu dan maklumat, terlibat dengan program2 yg bermanfaat, berjalan-jalan menambah pengalaman dan banyak lagi.

Namun sebaik sahaja tiba masa lapang yang di tunggu-tunggu. Saya seperti “tak tahu nak buat apa”.

Malah banyak pula amalan harian saya yang terabai. Quran entah kemana. Solah fardhu sudah tidak berjemaah di masjid dan tidak di awal saf atau waktu, semangat untuk pergi menuntut dan menambah ilmu agama sudah lenyap serta merta, sunat2 rawatib sudah tidak konsisten lagi, amalan sunat sudah semakin berkurangan dan banyak lagi.

Cuti ini seperti diisi dengan tidur sahaja....


Kenapa? Dimana silapnya?

Di sini saya menyedari bahawa masa yang lapang dan keadaan yang selesa itulah sebenarnya membuatkan kita semakin lalai dan leka daripada Allah SWT. Manakala masa yang sibuk dan keadaan yang tertekan pula membuatkan hubungan dan pergantungan kita kepada Allah SWT semakin dekat.

Memang tidak dinafikan ada orang yang sibuk semakin jauh daripada Allah SWT dan ada orang yang berjaya mengisi masa lapangnya sebaik mungkin dengan perkara2 yang bermanfaat. Namun nisbahnya lebih kecil berbanding dengan golongan yang pertama tadi.

Bermula hari ini secara peribadi, saya lebih suka menyibukkan diri saya dengan sesuatu daripada duduk saja dan bermalas-malasan tanpa melakukan apa-apa.

Kata guruku (Hazufri Harun):

Life makes us busier...

Busier makes us better..

Ya, saya setuju 100%

Thursday, June 25, 2009

Pengumuman..

Sekadar hiasan.......

Assalamualaikum wrt.....

Dijemput kepada semua untuk ke majlis tahlil arwah Ammar bertempat di dewan ARMA hari ini 25/6, sembahyang maghrib disana..

Sila bawa bersama buku tahlil/surah yasin..
Makan malam akan disediakan insyaAllah..

Kepada ikhwah sila bersedia untuk menjadi mushrif menemani akhawat balik ke kediaman masing2..

Terima kasih




NB:Maaf krn masih tiada kelapangan masa untuk mengupdate blog walaupun exam sudah habis tengahari tadi

Saturday, June 20, 2009

Satu Penjelasan

Zaman SPM..Studi d Musolla


Tujuan pembikinan blog ini bukanlah sekadar menceritakan saat-saat indah bersama arwah mahupun menatap pemergian arwah yg sudah berada jauh di alam barzakh.

Bukan juga kerana taksub dengan kehebatan arwah dan memuji-mujinya berlebihan sehingga melebihi pujian kita terhadap Allah SWT.

Tetapi, adalah untuk mengambil iktibar dari peribadi mulia dan kecantikan syakhsiyah arwah.

Seperti mana para ulama’ membukukan kitab-kitab sirah rasullullah dan para sahabat. Secara detail!!

Untuk apa? Untuk di jadikan contoh tauladan dan di amalkan dalam kehidupan seharian kita.

Jadi rasanya tidak salah jika saya menulis perihal peribadi n sifat2 terpuji arwah utk di jadikan sebagai pedoman hidup. Juga semangat dan kerja kuatnya utk islam haruslah di dikongsi dalam bentuk pandangan dan pengalaman yang membuah untung kepada saya terutamanya, serta pembaca sekalian.

WAllahua’alam..

Sunday, June 14, 2009

Tembok Pemisah Antara Kita Sudah Hilang

Bahibbak awi fillah


Setepatnya aku mengepost artikel ini sebelum pemergian sahabat tercinta Muhammad ‘Ammar Bin Zulkifli..

Sungguh!!!….2 atau 3 hari sebelum kembalinya Ammar ke rahmatullah, aku merasa begitu ghairah untuk mencoretkan sesuatu istimewa mengenai aku dan Ammar. Artikel yg khas yang menceritakan bagaimana persahabatan yang erat terbina antara kami. Bagaimana tembok yang memisahkan aku (insan biasa) dan dia (insan hebat pujaan ramai).....hancur berkecai.....

Oleh kerana ada perkara yang lebih utama yang perlu aku berikan perhatian iaitu FINAL EXAM..Maka aku tangguhkan sahaja dulu niatku itu...iaitu 1 keinginan utk meng"update" blog yg membuak-buak secara tiba-tiba...

Mungkin ini salah satu petanda daripada petanda2 yg lain yg memberi isyarat bahawa AmmarZ akan meninggalkan dunia yg fana buat selama2nya..

Sayang sekali (dengan kehendak Allah SWT), AmmarZ pergi terlebih dahulu sebelum sempat membaca artikel ini..


Aku sebenarnya telah mengenali arwah semenjak di bangku sekolah lagi. Namun ketidakserasian (Sek Rendah) membuatkan aku dan dia tidak begitu rapat walaupun ummi dan abahnya mengenali mak dan ayahku.


Zaman kami di SRI AMAN

Kami sewaktu darjah 4...Ammar(tengah), dan aku (tepi)

Dia seorang pelajar yang aktif dan pintar. Aku pula seorang pelajar yang pasif dan agak nakal. Dia seorang pengawas dan ketua dalam banyak hal. Aku pula pelajar biasa yang pernah bertumbuk dengan pengawas.

Malah sewaktu aku masih tidak sekelas dengan Ammar (darjah 1-3), aku pernah “tea”(loghat Kelantan yg bermaksud memukul) belakangnya dan lari. Ammar mengejarku. Tapi tak dapat. Muka Ammar nampak marah dan aku hanya tersengih dari jauh melihatnya. Hahaha =) Kejadian yg sangat tolol dan bengong seingatku..

Masuk darjah 4, aku sekelas dengan Ammar, tapi tak begitu rapat. Dia punya kehidupannya sendiri dengan kawan-kawan yang rapat dengannya dan begitu juga aku. Dalam keadaan tertentu sahaja kami bersembang dan bergaul.

Keadaan berterusan sehingga kami mendapat keputusan UPSR. Dia mendapat 5 A dan aku…………….............................………4 A 1D

Pada tahun itu, hanya 2 orang pelajar SRI AMAN yang dapat 5 A. Ammar dan Fakhran (kalau tak silap)

Dia benar2 pintar dan aku pula fail dalam UPSR kerana mendapat 1 D walaupun score A dalam subjek2 yang lain. Gred untuk lulus dalam UPSR adalah C.

Namun, mulianya insan yg bernama Ammar ni. Dia dan kawan2 satu batch dgnku berpakat utk menyembunyikan result “D” aku apabila di tanya oleh sesiapa...

“Kalu ogre tanyo mere buleh berapo A, kito royak mere buleh 4 A sudah la, jange royak hok dia buleh 1 D tu”

Kawan2ku yg lain mengangguk dan mengiakannya sebagai tanda setuju....

Oh aku sungguh terharu dengan kebaikannya...........



Bersambung…………………

Friday, June 12, 2009

Assalamualaikum wrt.....

Insya'Allah blog ini akan diperkemas slps 25 Jun 2009.......Afwan